FREE ONLINE TOOLS FOR WEB DEVELOPMENT
Develop your site with NVU
Rounding Image Corners
Tool 3

Sunday, May 10, 2009

HTML ELEMENT

HTML
Element atau Elemen HTML merangkumi apa-apa yang berada di antara tag mula ("start tag") hingga ke tag akhir ("end tag"). Sebagai contoh, apa-apa yang berada di antara <p> ..hingga..</p> di panggil elemen perenggan kerana <p> merujuk kepada perenggan.

Tag MulaElementTag Akhir
<p>Perenggan</p>
<a href="default.html">Ini untuk link</a>
<br/Ini untuk break

  • HTML Element bermula dengan tag mula (opening tag-- <..>)
  • HTML Berakhir dengan tag akhir (closing tag-- <../..>
  • Isi elemen adalah apa-apa yang berada di antara tag mula dengan tag akhir
  • Terdapat juga elemen yang tidak ditutup dengan tag akhir. Sebagai contoh ialah tag <br> yang bermaksud "break". Sila lihat contoh di bawah bagaimana tag "break" ini digunakan.


CONTOH HTML TAG <br/>

<html>
<head>
<body>
<p>Ayat ini menggunakan tag break<br/>untuk menunjukkan bagaimana<br/>ayat yang panjang dapat diputus
</body>
</head>
</html>



Nested HTML Element
"Nested" bermaksud sesuatu HTML Element itu boleh mempunyai HTML Element yang lain. Boleh dikatakan, semua HTML Document mempunyai "Nested Element".

Sebagai contoh, dokumen HTML di bawah ini mempunyai 3 "nested" HTML Element:

<html>
<body>
<p>Perenggan pertama</p>
</body>
</html>

  • Element <p> memberitahu dokumen html ini adalah elemen perenggan yang mana isi kandungannya ialah dari <p> hingga </p>
  • Element <body> yang memberitahu dokumen html bahawa "badan" dokumen ini bermula dengan <body> dan berakhir dengan </body>
  • Element <html> menerangkan keseluruhan dokumen html ini bermula dengan <html> dan berakhir dengan </html>
Elemen Kosong (an empty element)
Elemen kosong (an empty element) bermaksud HTML element yang tidak mempunyai "isi kandungan" (tidak mempunyai elemen). Elemen kosong ini ditutup di permulaan tag (opening tag).

Contoh terbaik ialah <br> iaitu tag untuk "a line break". Untuk tag ini tiada tag akhir (</br>). Slash (/) diletakkan di bahagian tag mula sahaja seperti ini <br/>. Sila lihat contoh di atas.


cartoon
© 2009 shake your head tutorial blog

No comments:

Post a Comment