FREE ONLINE TOOLS FOR WEB DEVELOPMENT
Develop your site with NVU
Rounding Image Corners
Tool 3

Saturday, May 9, 2009

HTML PENGENALAN

HTML
adalah huruf singkatan kepada Hyper Text Markup Language, iaitu bahasa kod yang digunakan untuk membina laman web. Dalam erti kata lain, HTML adalah 'text file' yang mempunyai 'mark up tags' yang akan memberitahu web browser bagaimana rupa dan bentuk sesuatu webpage tersebut.


Kod-kod HTML ini ditulis dengan menggunakan 'text editor' seperti Notepad, Notepad++, Ms-Edit dan fail disimpan (save) dengan menggunakan 'extension' .html (dot html). Internet browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox yang akan menterjermahkan kod-kod html ini kepada bentuk atau rupa webpage seperti kita lihat ini.

Sejarah HTML ini bermula di Sweden apabila ia diperkenalkan oleh Tim Beners Lee yang bekerja di laboratorium CERN.

  1. HTML adalah singkatan Hyper Text Markup Language
  2. Ianya merupakan "text file" yang mempunyai "markup tags"
  3. "Markup tags" ini yang akan memberitahu web browser rupa dan bentuk sesuatu webpage itu
  4. Fail HTML mestilah mempunyai .htm atau .html "file extension"


HTML Tag
Sifat-Sifat HTML tag
  • HTML tag atau Markup tag merupakan "keywords" yang dikelilingi dengan "angle bracket" seperti ini <.....>.
  • Setiap tag mempunyai tag buka ("open tag") ia itu <.....> dan ditutup dengan tag tutup ("close tag") <../...>.
HTML Document
HTML Documents atau dokumen HTML adalah webpage. Sifat-sifat HTML document adalah:
  • HTMLDocument menerangkan berkenaan dengan sesuatu webpage tersebut
  • HTML Document mengandungi HTML tag dan "plain texts"
  • HTML document juga dikenali sebagai webpage
Web browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox digunakan untuk "membaca" dan "menterjemahkan" HTML Document dan HTML tag dan "menayangkan" dokumen-dokumen ini sebagai webpage yang kita lihat ini.

HTML Documents mempunyai 2 bahagian:
  1. Kepala atau "head"
  2. Badan atau "body"
Tajuk sesuatu webpage itu diletakkan di dalam bahagian "head" dan isi rencana atau isi web di tulis di bahagian "body". Di bawah ini ialah contoh bagaimana HTML Document ditulis.

CONTOH DOKUMEN HTML

<html>
<head>
<title>Tajuk Web Anda Di sini</title>
</head>
<body>Tulis rencana anda di sini
</body>
</html>


Untuk mengetahui bagaimana HTML digunakan, taip atau copy-paste kod-kod di atas ke dalam Notepad anda dan save dengan memberi nama fail seperti contohweb.html di dalam folder "my document". (jangan lupa menaip extension .html ini). Kemudian buka browser Internet Explorer atau Monzilla Firefox, klik File->Open File->My document->Klik nama fail di atas.

Nota: Lain-lain text editor yang digunakan ialah FrontPage dan Dreamweaver. Untuk tujuan tutorial ini, Notepad adalah terbaik.


cartoon
© 2009 shake your head tutorial blog

No comments:

Post a Comment